TEORI
KONSTRUKTIVISME
1.0
PENGENALAN
Konstruktivisme
merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda manusia. Pendekatan Konstruktivis dalam pendidikan merupakan satu
inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.
Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru sebagai pembimbing
sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid berpeluang membina pengetahuan
secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu
dengan pembelajaran terbaharu.
Pembelajaran
terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini telah dibina
sendiri oleh murid tersebut. Hal ini kerana menurut teori konstruktivisme,
konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan
berubah apabila mendapat pengetahuan atau pengalaman baru.
Menurut
Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005), menjelaskan bahawa seseorang dapat
membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan pengetahuan yang sedia ada
padanya dan proses ini dikenali sebagai “accretion”. Pendekatan konstruktivisme
sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep
sendiri dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang
sedia ada pada mereka. Oleh yang demikian, sekali gus murid dapat meningkatkan
pemahaman tentang sesuatu perkara.
Dalam erti kata
lain , Konstruktivisme adalah suatu penjelasan bagaimana pelajar BELAJAR
dan MEMBINA pemahaman yang bermakna tentang alam sekeliling mereka.
Konsep-konsep yang dibina pada
struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan
atau pengalaman baru.
2.0
Teori
Konstruktivisme
2.1 Latar Belakang
Jean
Piaget (1976), dalam bukunya ‘To Understand is to Invent: The
Future of Education’
menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan pengetahuan
individu selepas pemahaman individu tersebut. Piaget menekankan pengetahuan
semasa bersifat sementara dan bertukar mengikut masa. Ia merupakan sebuah
proses secara berterusan dan sentiasa disusun semula. Konsep konstruktivisme
ini pula menerangkan ia merupakan satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menerangkan bagaimana manusia
belajar dengan cara pengetahuan disusun dalam minda seseorang.
Teori
ini telah lama dipraktikan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di semua
peringkat. Konstruktivisme telah dipelopori oleh Lev Semyonich Vygotsky (1978)
iaitu seorang ahli psikologi melalui bukunya ‘ Mind in Society’. Beliau
memisahkan antara pemikiran dan bahasa bebas dan berkembang secara terpisah.
Malah, beliau juga menumpukan kepada zon
perkembangan proksimal (ZPD) yang relevan dengan teknologi pengajaran.
2.2
Prinsip-prinsip Konstruktivisme
Menurut Dr. Ragbir Kaur Joginder
Singh (PhD) (2012), beliau menyatakan bahawa setiap murid yang menerima
maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan
keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya
sendiri.
Oleh
itu, pembelajaran ini banyak
dipengaruhi oleh faktor sosial iaitu dari perspektif:
• Budaya pelajar
• Sejarah
• Hubungan secara langsung dengan persekitaran
Prinsip-prinsip
konstruktivisme adalah dengan :
•
Pengetahuan
dibina secara aktif oleh pelajar
•
Pelajar
bukan penerima pasif pengetahuan
•
Pelajar
pembina aktif (konstruk) struktur pengetahuan
•
Bukan
pengisian otak kosong pelajar
•
Bukan
tentang pemerolehan idea baru
•
Tetapi
tentang pelajar membina atau merubah
idea mereka yang sedia ada
2.3 Ciri-ciri
pembelajaran konstruktivisme
Ciri-ciri pembelajaran secara
konstruktivisme adalah :-
a. menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan
pelajar lain dan gurunya
b. menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan
eksperimen,
c. menyokong pembelajaran secara koperatif
d. menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi
pelajar dan akhirnya
e. menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh
pelajar yang digunakan sebagai panduan merancang pengajaran.
3.0 Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham.
Bagaimana Penggunaan Teori
Konstruktivisme dalam pengajaran guru memberikan kesan ke atas pembelajaran
pelajar. Untuk melihat bagaimana penggunaan teori ini digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar, model Konstruktivisme 5 Fasa Needham digunakan.
i)
Fasa
Orientasi
Guru menyediakan suasana
pembelajaran untuk meransang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran.
Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah
dengan menunjukkan tayangan video, keratin akhbar, teka-teki , lakonan dan
simulasi.
Fasa ini bertujuan untuk menarik
perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus
berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Contoh membuat tayangan filem atau
video, memberikan keratan akhbar kepada pelajar dan juga mengemukakan
soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada
pelajar-pelajarnya. Kesan terhadap pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah
pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan
dalam bilik darjah.
ii)
Fasa
Pencetusan Idea
Guru merancang pelbagai bentuk
aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan, menggunakan peta konsep, serta membuat
laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengeahuan baharu
yang mereka pelajari. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi
pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka.
Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti
idea-idea pelajar melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka
berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik.
Contoh aktiviti yang boleh
dijalankan adalah membuat amali, perbincangan dalam kumpulan kecil.
Kesan kepada pelajar dalam fasa ini adalah pelajar
lebih berfikir, dan lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam
menghadapi pelbagai kemungkinanan.
iii)
Fasa
Penstrukturan Semula Idea
Guru
menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan murid
mencabar idea asal mereka atau idea rakan dan membina struktur pengetahuan
sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Kemahiran berbahasa akan membantu
murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut turutan dan
setiap satu idea mempunyai kesinambungan dan kelihatan tersusun dan terancang.
Peranan seorang guru akan mengukuhkan lagi konsep atau idea kepada muridnya.
Fasa ini bertujuan untuk
mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan
semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Contoh aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek
oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih faham dan
ingat. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.
iv)
Fasa
Aplikasi
Pada
peringkat ini, murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan
masalah dalam situasi baharu. Situasi ini akan dapat mewujudkan pemahaman yang
baharu dan menggalakkan proses inkuirii di dalam diri murid.
Fasa ini bertujuan untuk
mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan
semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Contoh aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek
oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih faham dan
ingat. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.
v)
Fasa Refleksi
Murid akan
membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali
proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Murid juga boleh membuat
refleksi untukn melihat sejauh mana idea asal yang diberikan oleh mereka telah
berubah.
Fasa ini bertujuan untuk menilai
kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah. Contoh aktiviti
adalah membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka
apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda
tahu tentang sesuatu pekara itu.
Kesan daripada fasa ini keatas
pembelajaran pelajar adalah pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat
mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka.

No comments:
Post a Comment