CARA MENINGKATKAN MOTIVASI
MURID
1.0 Pengenalan
Pepatah Melayu ada menyatakan 'Jika
mahu seribu daya, jika tak hendak seribu dalih'. Sebagai seorang guru, kita
seharusnya sensitif terhadap apa yang menyebabkan murid-murid terdorong untuk
melakukan sesuatu tugasan atau berusaha untuk memahami pelajaran yang diajarkan
oleh guru. Dalam hal ini, guru perlu bijak memanipulasi situasi atau
persekitaran di dalam bilik darjah dengan murid itu sendiri. Ini adalah kerana
hasil interaksi yang tepat antara murid dan situasi, motivasi dalam diri murid
tersebut dapat diwujudkan. Ini bermakna motivasi bukanlah sifat seseorang Adalah
amat penting bagi seseorang guru untuk memahami bahawa tahap motivasi antara
seseorang murid dengan murid yang lain adalah berbeza.
Perkara asas dalam memastikan usaha untuk memastikan usaha untuk meningkatkan motivasi murid adalah adalah terdiri daripada tiga elemen iaitu elemen pertama ialah 'usaha'. Bagi elemen ini guru boleh melihat tahap motivasi seseorang murid melalui keadaan apabila diberikan tugasan, seseorang murid akan terdorong untuk berusaha gigih bagi menyelesaikan tugasan. Elemen seterusnya ialah guru perlu menetapkan matlamat murid dan sekolah. Matlamat murid dan sekolah perlu selari dan usaha tersebut mesti diarahkan ke arah pencapaian objektif sekolah. Elemen terakhir adalah 'keperluan'. Dalam hal ini guru perlu memastikan keperluan murid.
Dengann mengetahui keperluan murid maka kita dapat memenuhi keperluan yang sewajarnya.. Dengan
memberi apa yang diperlukan oleh murid, maka motivasi murid dapat ditingkatkan.
Tindakan memenuhi keperluan murid inilah yang menjadi pendorong atau motivasi
kepada murid. Contoh yang dapat
menerangkan situasi ini adalah murid yang belum dapat menguasai sesuatu
matapelajaran atau kemahiran maka guru perlu memberikan aktiviti pemulihan.
Aktiviti pemulihan yang dapat memperbaiki prestasi murid dapat memberikan
motivasi yang amat baik.
Perkara asas dalam memastikan usaha untuk memastikan usaha untuk meningkatkan motivasi murid adalah adalah terdiri daripada tiga elemen iaitu elemen pertama ialah 'usaha'. Bagi elemen ini guru boleh melihat tahap motivasi seseorang murid melalui keadaan apabila diberikan tugasan, seseorang murid akan terdorong untuk berusaha gigih bagi menyelesaikan tugasan. Elemen seterusnya ialah guru perlu menetapkan matlamat murid dan sekolah. Matlamat murid dan sekolah perlu selari dan usaha tersebut mesti diarahkan ke arah pencapaian objektif sekolah. Elemen terakhir adalah 'keperluan'. Dalam hal ini guru perlu memastikan keperluan murid.
Dengann mengetahui keperluan murid maka kita dapat memenuhi keperluan yang sewajarnya..
1.1 Jenis-jenis Motivasi
Secara umumnya terdapat dua jenis
motivasi iaitu motivasi Instrinsik dan ekstrinsik. Dalam motivasi intrinsik, ia
dapat dilihat daripada rangsangan dalaman atau minat yang mendorong seseorang
untuk melaksanakan sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran. Motivasi intrinsik
boleh wujud disebabkan oleh faktor fizikal, faktor meningkatkan kebolehan
kognitif, faktor meningkatkan kendiri atau faktor rohani (Ragbir Kaur,2012).
Ini bermakna seseorang manusia
mempunyai kemampuan untuk membina dan membangunkan sendiri dorongan dari dalam
diri bagi mencapai sesuatu matlamat. Faktor-faktor yang merangsang pembentukan
motivasi ini termasuklah cabaran dalam proses pelaksanaan tugas, sifat ingin
tahu, percubaan penguasaan yang bebas serta penilaian diri terhadap tentang apa
yang hendak dilakukan dan ciri dalaman untuk kejayaan. Menurut
Saedah Siraj (1996), kebolehan kognitif yang dipersepsikan oleh seseorang murid
itu ialah hasil penilaian pelajar sendiri terhadap perlakuan akademiknya di
sekolah. Bagaimanapun, keadaan hanya biasa terjadi ke atas muridd yang bijak
dan celik akal terhadap percubaan yang berlaku di persekitarannya.
Berbeza pula dengan motivasi
ekstrinksik yang mana ia merujuk kepada rangsangan luaran atau galakkan yang
menggerakkan seseorang untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Menurut RIchard L.
Daft (1988), 'extrinsic reward are given
by another person, typically a manager and include promotionand pay increases'.
Pendapat beliau ini lebih sesuai digunakan dalam bidang pekerjaan namun ada
persamaan dari segi pemberian ganjaran bagi merangsang motivasi seseorang.
Motivasi jenis ini boleh digunakan
oleh guru untuk memperbaiki kualiti hasil kerja murid malah kelakuan murid itu
sendiri juga dapat ditambahbaik. Perbandingan antara dua jenis motivasi ini
adalah, motivasi ekstrinsik lebih berkesan bagi murid-murid yang Menurut
Saedah Siraj (1996), kebolehan kognitif yang dipersepsikan oleh seseorang murid
itu ialah hasil penilaian pelajar sendiri terhadap perlakuan akademiknya di
sekolah. Bagaimanapun, keadaan hanya biasa terjadi ke atas muridd yang bijak
dan celik akal terhadap percubaan yang berlaku di persekitarannya.
Berbeza pula dengan motivasi
ekstrinksik yang mana ia merujuk kepada rangsangan luaran atau galakkan yang
menggerakkan seseorang untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Menurut RIchard L.
Daft (1988), 'extrinsic reward are given
by another person, typically a manager and include promotionand pay increases'.
Pendapat beliau ini lebih sesuai digunakan dalam bidang pekerjaan namun ada
persamaan dari segi pemberian ganjaran bagi merangsang motivasi seseorang.
Motivasi jenis ini boleh digunakan
oleh guru untuk memperbaiki kualiti hasil kerja murid malah kelakuan murid itu
sendiri juga dapat ditambahbaik. Perbandingan antara dua jenis motivasi ini
adalah, motivasi ekstrinsik lebih berkesan bagi murid-murid yang memiliki
daya peningkatan dalam pembelajaran yang perlahan. Namun begitu untuk
memperbaiki tingkahlaku murid, motivasi intrinsik lebih sesuai digunakan. Ini
dapat dijelaskan dengan pendapat Ragbir Kaur (2012), iaitu guru-guru perlu
menggunakan lebih banyak peneguhan motivasi intrinsik.
2.0 Kepelbagaian Cara Guru Bagi
Meningkatkan Motivasi Murid
Kesedaran kepada tahap motivasi
murid dalam kalangan tenaga pengajar adalah amat penting bagi memberi peluang
kepada guru untuk memikirkan tindakan yang sesuai bagi meningkatkan motivasi
murid. Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggungjawab dan tugas
yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan kerjaya guru. Tugas utama dan
paling utama yang menjadi tanggungjawab seorang guru adalah memajukan,
merangsang dan membimbing murid dalam proses pembelajaran.
2.1
Wujudkan Penglibatan Murid
Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada di dalam atau di luar kelas, guru harus memastikan setiap
murid terlibat secara aktif dan berkesan. Guru boleh mengadakan pelbagai
rangsangan dan aktiviti untuk menggerakan mereka belajar. Bagi kaedah ini guru
boleh mengadakan sesi soal jawab, mengadakan perbincangan, bercerita dan
sebagainya. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid-murid melahirkan pendapat
dan pandangan dan secara tidak langsung berasa seronok.
Guru juga mesti meningkatkan motivasi intrinsik murid-murid menerusi aktiviti penerokaan dan penemuan penyelidikan. Perancangan
pengajaran guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan
meningkatkan motivasi murid untuk melaksanakannya. Antara aktiviti tersebut
adalah seperti projek yang melibatkan isu dunia sebenar seperti mencari
maklumat tentang faktor yang menyebabkan murid sekolah terpengaruh dengan alat
teknologi terkini. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah seperti lakonan,
melakukan demonstrasi dan cara melakukan sesuatu eksperimen. Namun apa yang
lebih utama adalah guru harus memastikan bahawa setiap aktiviti mempunyai
manfaat tersendiri.
Guru juga mesti meningkatkan motivasi intrinsik murid-murid menerusi aktiviti penerokaan dan penemuan penyelidikan.
2.2
Objektif Pembelajaran
Semasa melakukan perancangan
pengajaran, guru harus mengetahui kemampuan murid dalam melaksanakan rancangan
pengajaran tersebut bagi memastikan
objektif pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dicapai. Keadaan ini
memberi kesan yang amat jelas iaitu apabila murid dapat mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran maka mereka akan lebih bermotivasi untuk melakukan
tugasan lain pula.
Guru
perlu menyediakan aktiviti yang pelbagai menikut tahap kemampuan murid bagi
mengelakkan ada murid-murid yang tercicir. Kepelbagaian aktiviti ini juga
membolehkan guru mencungkil kemahiran atau bakat yang terpendam. Guru juga
mesti mempelbagaikan strategi pengajaran mereka untuk mengintergrasikan
penggunaan komputer dan internet di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
supaya dapat menarik perhatian murid-murid untuk melengkapkan tugasan mereka
secara dalam talian.
2.3 Murid yang Berkaliber Sebagai Contoh
Guru boleh melantik murid-murid yang
berkaliber dan berkelayakkan untuk menjawat jawatan yang ada dalam pengurusan
bilik darjah. Murid yang diberikan tanggungjawab untuk sesuatu tugas akan
bertambah keyakinan dalam diri mereka dan secara tidak langsung akan
menyebabkan mereka sentiasa bermotivasi untuk menjalankan tugas serta. Ini
dapat dilihat apabila murid yang mempunyai jawatan atau diberikan tugas
tertentu memberikan ketekunan yang tinggi.
Penyerahan tugas kepada murid ini
harus disertakan dengan pengetahuan mengenai matlamat yang harus mereka capai
semasa melaksanakan tugas. Dengan penerapan nilai tahu matlamat ini, murid ini akan
lebih bermotivasi kerana mereka tahu arah hala tuju yang perlu di ikuti. Murid
yang mempunyai jawatan atau tugas dalam kelas ini sudah jelas dengan segala
peraturan dan undang-undang yang telah guru tetapkan. Ini secara tidak langsung
dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Murid-murid
lain pula akan bermotivasi untuk mengikuti jejak langkah rakan yang menunjukkan
kecemerlangan.
Dalam
pengajaran dan pembelajaran, wujud hubungan kepercayaan pelajar dan
keupayaannya ke arah pencapaian. Kajian-kajian menunjukkan bahawa, wujud
hubungan di antara kepercayaan murid tentang keupayaan, motivasi pencapaian dan
penghargaan diri seseorang. Penghargaan diri murid adalah tingkah laku
pencapaian untuk memupuk perasaan sesama murid(Suppiah Nachiappan, 2008).
Huraian ini menerangkan bahawa kejayaan rakan dalam bilik darjah mampu
memotivasikan rakan lain untuk berusaha hinggan dapat melakarkan kejayaan.
Penghargaan diri seseorang menekankan bahawa, murid didorong untuk mencapai dan
berjaya untuk sentiasa bersaing dalam mata pelajaran.
2.4 Persekitaran Sekolah
Elemen ini adalah yang paling
penting untuk menggalakkan suasana dan persekitaran yang bermotivasi bagi
mewujudkan dan mengekalkan motivasi dalam diri pelajar. Pelbagai pihak harus
memberi sumbangan untuk melahirkan murid yang bermotivasi tinggi. Guru-guru dan
pihak sekolah mesti menyediakan satu persekitaran yang selamat dan mampu
menggalakkan murid-murid untuk bertanyakan soalan serta mendapat pertolongan
konstruktif dan jawapan bagi segala kemusykilan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Persekitaran yang dapat memenuhi
kehendak bagi melahirkan murid-murid yang bermotivasi akan mempunyai ciri-ciri
warga yang prihatin dan ini dapat diperlihatkan melalui personaliti dan sikap
guru-guru yang dapat menarik minat murid dalam pembelajaran. Hubungan yang baik
antara kedua-dua pihak ini dapat
diwujudkan bagi memudahkan disiplin
murid-murid di bilik darjah dapat di kawal dan mereka dapat memberi tumpuan
kepada kemajuan akademik.
Guru dan pentadbir harus lah cekap
mengurus sumber kewangan sekolah dan prihatin terhadap murid-murid miskin dan
kekurangan keperluan asas diletakkan dalam skim program makanan khas. Antara
bantuan lain yang harus diberikan kepada murid miskin adalah seperti buku dan
bekalan alat-alat tulis dan juga skim bantuan buku teks percuma.
Kelangkapan yang diurus dengan sempurna ini akan menyebabkan murid-murid berasa
selamat dan selesa untuk memberi tumpuan kepada akademik.
2.5
Program dan Kurikulum Sekolah
Terdapat sekolah- sekolah yang gagal
menguruskan kurikulum, ko-kurikulum dan program sekolah dengan teratur dan
sempurna. Kesan yang paling ketara adalah sekolah tersebut mempunyai masalah
disiplin yang agak teruk. Pentadbir sekolah dan guru-guru harus sedar bahawa
pengurusan kurikulum, ko-kurikulum dan program sekolah yang teratur akan dapat
memotivasikan murid-murid secara berperingkat.
Sepanjang
tempoh persekolahan guru perlu memastikan setiap murid jelas dengan objektif
dan matlamat juga sasaran yang diharapka dalam pembelajaran bagi setiap sesi
pengajaran. Jadual dibawah akan dapat menerangkan perbezaan antara jenis
motivasi yang wujud di persekitaran sekolah.
Motivasi
Intrinsik
|
Motivasi
Ekstrinsik
|
·
Memberikan projek-projek mencabar yang
melibatkan isu-isu dunia sebenar.
·
Menjelaskan atau menunjukkan kenapa
mempelajari sesuatu bahan ataupun kemahiran itu adalah penting, contohnya
sebarang penggunaan komputer dan internet.
·
Mencipta dan mengekalkan perasaan
ingin tahu
·
Menyediakan pelbagai aktiviti dan
stimulasi deria.
·
Menyediakan permainan dan aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan.
·
Menyediakan aktiviti pembelajaran
kompetitif.
·
Menentukan matlamat spesifik dalam
pembelajaran.
·
Mengaitkan pembelajaran kepada
keperluan murid.
·
Membantu murid-murid membina pelan tindakan.
·
Sistem sahabat/peranan model
membolehkan contoh teladan.
·
Guru prihatin dan menghormati
murid-murid.
|
·
Memberikan matlamat pembelajaran yang
perlu dicapai.
·
Menggunakan alat-alat bantuan audio
visual sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
·
Memberikan maklum balas secara
terperinci.
·
Memberikan ganjaran berharga.
·
Menyediakan ganjaran-ganjaran seperti
hadiah dan cenderamata, bintang dan lambang senyuaman.
·
Menyediakan jadual tugas dengan
undang-undang dan peraturan bilik darjah yang nyata dan eksplisit.
·
Memberikan arahan yang jelas mengenai
hukuman bagi kelakuan-kelakuan tertentu.
·
Menyediakan kumpulan -kumpulan
pembelajaran secara koperatif.
·
Mengadakan platform kolaboratif
melalui atas talian, misalnya blog bagi murid-murid untuk berinteraksi.
·
Menyediakan jadual waktu dan jadual
belajar yang terperinci.
·
Menyediakan keperluan asas bagi
murid-murid yang memerlukan.
|
Jadual 1 : Bagaimana Guru-guru Boleh
Memotivasikan Murid-murid
3.0 Persekitaran Pengajaran dan
Pembelajaran
Dalam situasi pengajaran, guru
seharusnya memenuhi segala kemusykilanmurid tentang konsep pelajaran yang
diajar dengan berkesan. Ini termasuklah memastikan semua murid faham tentang
apa yang patut dicapai dalam setiap subjek yang diajar. Persekitaran pengajaran
dan pembelajaran kondusif untuk murid-murid adalah penting bagi memastikan teknik.
Guru dapat menggunakan teknik motivasi bagi memberikan inspirasi dan mendorong
murid-murid bagi memaksimumkan potensi dan kemahiran melalui persekitaran
pengajaran dan pembelajaran.
Persekitaran yang mesra di antara
pentadbir dan guru, guru dan murid akan menimbulkan rasa selesa dan selamat.
Kebolehan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang
menyeronokkan dan meriangkan akan dapat memberi motivasi kepada murid-murid.
Ini menambahkan minat murid untuk
belajar dengan lebih fokus. Menurut
Ragbir Kaur (2012), guru-guru tersebut boleh mewujudkan minat di
kalangan murid mengenai topik yang akan diajar dengan mengarahkan perhatian
mereka kepada bahan bacaan yang relevan sebelum kelas, memasang poster dan
gambarajah yang berkaitan.
Elemen yang wajib ada menimbulkan
persekitaran yang positif ini adalah kebolehan komunikasi berkesan antara guru
dan murid. Guru yang berkemahiran komunikasi
menggalakkan murid menyatakan matlamat dirinya.
Guru juga perlu memanggil murid dengan nama yang betul kerana mereka
pasti akan rasa dihargai. Kenali latar belakang murid-murid amat membantu untuk
menaikkan motivasi mereka. Guru
boleh menggalakkan murid untuk membawa buku nota sendiri dan menjadikan amalan
menulis refleksi diri secara harian atau di dalam diari. Perkara yang perlu
dicatat adalah seperti tanggungjawab baru yang diberi setiap hari, kata-kata
positif dan cara-cara memotivasikan diri sendiri.
4.0 Pembelajaran Koperatif dan
Kolaboratif
Pembelajaran jenis ini berlaku
apabila murid-murid bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun keberkesanan menggunakan kaedah belajar
secara berkumpulan ini lebih berkesan dalam kumpulan kecil. Pembelajaran secara
koperatif adalah di mana sekumpulan murid -murid berusaha ke arah satu matlamat
umum untuk memastikan setiap anggota memperolehi tahap kompetensi yang
diperlukan.
Manakala pembelajaran kolaboratif
pula membenarkan murid-murid bekerja dalam satu kumpulan kecil. Kumpulan kecil
mengurangkan rasa malu murid untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita
dengan rakan dalam kumpulan.Oleh itu mereka dapat berkongsi bahan dengan rakan
dalam maklumat. Guru mestilah sedar bahawa
setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan
kebebasan. Contohnya, memberikan peluang kepada pelajar memilih satu dari dua
tiga tajuk untuk disiapkan atau memberikan mereka membuat pilihan
membuat tugasan berkumpulan mengikut tajuk pilihan sendiri. Seperti yang
diketahui, murid yang sedang melalui alam kanak-kanak lebih mahukan kebebasan dan
mahu individu lain memahaminya.
Oleh itu,hubungan antara guru dan murid haruslah
berterusan supaya murid dapat berkomunikasi serta mewujudkan
silaturrahim yang baik dan mesra dengan guru. Guru juga perlu menciptakan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik yang membolehkan mereka bebas
menyumbangkan idea dan cerita dan ini akan mengaktifkan dan menaikkan semangat murid untuk
berfikir dan menghasilkan cerita baru.
5.0 Peneguhan Positif dan Negatif
Kaedah ini merupakan
satu kemahiran yang digunakan secara berkesan dan agak popular digunakan. I a
merupakan satu teknik mengajar yang
digunakan oleh guru untuk mengubah tingkah laku murid-murid dengan berkesan.
Peneguhan dijalankan bagi menggalakkan murid-murid mencuba dengan lebih giat
dan meninggikan pencapaian, mengukuhkan perangai yang baik sahaja. Jika guru
memberikan pujian dan penghargaan ke atas kelakuan positif murid ia boleh
menggalakkan mereka belajar dengan lebih tekun lagi.
Pelaksanaan peneguhan positif
dapat memberikan galakan kepada murid untuk mencapai matlamat dan hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Sebaliknya, peneguhan negatif
pula dapat membantu guru tersebut mengelakkan gangguan tingkah laku murid yang
boleh menghindarkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara contoh peneguhan yang
boleh dilakukan oleh guru ialah seperti menggunakan lisan positif iaitu
memberikan kata-kata yang menggalakkan. Melalui gerakkan fizikal pula seperti
menganggukkan kepala dan menepuk tangan.
KESIMPULAN
Cara meningkatkan motivasi murid
sebenarnya bergantung kepada kemahiran dan pemerhatian guru kepada sebarang
perubahan muridnya. Kekreatifan guru dalam memotivasikan murid memerlukan
perancangan bagi memastikan tindakan yang diambil ke atas murid adalah
bertepatan dan dapat merasa hasil daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Secara keseluruhan, guru
hendaklah sentiasa peka terhadap latar belakang murid dan sentiasa mengambil berat terhadap masalah
yang dihadapi oleh murid. Hubungan baik antara guru dan murid memudahkan proses
atau perjalanan suatu perhubungan yang mana melibatkan peraturan di sekolah.
Disiplin murid lebih mudah dijaga dan dikawal jika semua murid sekolah yang
tersebut mempunyai motivasi yang tinggi.
Namun perkara yang paling
penting adalah kerjasama semua pihak bagi memastikan pentadbir,staf dan
persekitaran sekolah menghidupkan semangat atau keyakinan murid untuk menerima
segala perubahan atau perbezaan yang berlaku disekeliling murid.
Seseorang individu
mestilah bermotivasi untuk cemerlang dan berjaya di sekolah dan kehidupannya.
Seseorang yang bijak sahaja tidak akan berjaya tanpa motivasi bagi mendapatkan
pengetahuan dan kemahiran. Dengan minat yang mendalam pembelajaran dan
menetapkan matlamat, murid-murid akan bermotivasi untuk mendorong mereka
mencapai matlamat tersebut.
No comments:
Post a Comment