6.0 KONSTRUKTIVISME SOSIAL
6.1Definisi
Konstruktivisme sosial adalah suatu
penekanan kepada peranan pengajaran dan interaksi sosial bagi perkembangan
pengetahuan seseorang individu. Ianya bermaksud perkembangan dan pembangunan
kognitif kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh interaksi sosial mereka. Teori ini telah
diperkenalkan oleh Vygotsky (1986 – 1934) yag merupakan salah seorang tokoh
Konstruktivisme.
Vygotsky percaya bahawa kanak-kanak
membina ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui interaksi sosial dan aktiviti
sosiobudaya. Hal ini bermaksud aktiviti pembelajaran bermula dari peringkat
bawah dalam Zon Perkembangan Proksimal iaitu murid akan memperolehi ketinggian
ilmu dan kemahiran dengan mempraktikkan kaedah kolaborasi yang sangat baik dengan
gurunya melalui Pembelajaran Koperatif. Sebagaimana yang kita ketahui, setiap
perlakuan dan ilmu pengetahuan setiap murid atau kanak-kanak adalah berdasarkan
kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Justeru, apabila melakukan
sesuatu aktiviti yang baru murid-murid akan mengaitkan aktiviti tersebut dengan
pengetahuan sedia ada yang mereka miliki. Proses ini pastinya akan melahirkan
satu konsep pemikiran yang lebih kreatif dan menarik dalam pemikiran
kanak-kanak tadi.
Selain itu, Zon Perkembangan Proksimal
merupakan had tahap perkembangan kognitif kanak-kanak di mana ilmu dan
kemahiran yang lebih tinggi dapat dibina dengan bimbingan guru atau rakan
sedarjah yang lebih bijak. Apakah yang di maksudkan dengan Zon Perkembangan
Proksimal? Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal didefinisikan sebagai
jarak antara tahap perkembangan actual yang ditentukan oleh penyelesaian
masalah bebas dan tahap perkembangan berpotensi yang telah ditetapkan melalui
penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang dewasa, atau berkerjasama dengan
orang sekeliling”.
Andaian asas di dalam teori Vygotsky ini
ialah orang dewasa akan mendidik kanak-kanak melalui kaedah formal dan
informal. Manakala setiap budaya mempunyai alat-alat dalam budaya untuk
mendidik anak-anak. Seterusnya, pemikiran dan bahasa amat saling mempengaruhi
dalam membentuk kognitif kanak-kanak. kanak-kanak boleh melakukan perkara yang
lebih sukar jika memdapat bimbingan daripada guru atau ibu bapa. Akhir sekali,
bermain merupakan satu cara kanak-kanak untuk belajar.
Vygotsky
percaya bahawa pengetahuan dibentuk secara sosial iaitu penekanan terhadap
penyertaan dan sumbangan setiap orang. Interaksi sosial, alat-alat budaya dan
aktivitinya membentuk perkembangan dan kemampuan belajar individu. Vygotsky melihat
bahawa alat-alat budaya (termasuk di dalamnya kertas, mesin cetak, komputer
dll) dan alat-alat simbolik (seperti sistem angka, peta, karya seni, bahasa,
serta kod dan lambang) memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif.
Sistem angka yang dipakai adalah alat budaya yang mendorong individu berpikir,
belajar dan perkembangan kognitif. Sistem simbol ini diberikan oleh orang
dewasa kepada anaknya melalui komunikasi secara formal ataupun informal dan berunsur
pengajaran.
6.2
Kaedah Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran
Koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid-murid dari
pelbagai kebolehan berkerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu
matlamat yang sama ( Slavin: 1982). Sasaran teori pembelajaran ini adalah pada
tahap yang paling maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri (murid) tetapi
melibatkan orang lain (rakan-rakan murid) juga.
Pembelajaran
Koperatif menggalakkan muridnya berinteraksi secara aktif dan juga positif di
dalam setiap kumpulan kecil yang dibina. Ini adalah bertujuan untuk melakukan
perkongsian idea dalam suasana yang tidak memudaratkan bersesuai dengan
falsafah konstruktivisme. Ini adalah bermaksud untuk melahirkan suasana
persekitaran semasa mengadakan perbincangan di antara murid dalam kumpulan,
boleh mencetuskan dan merangsang
idea-idea positif mereka dengan menggalakkan interaksi yang berkesan. Namun
begitu perlu diingat, setiap murid dalam kumpulan tidak mempunyai persamaan
dari segi kebolehan, minat, bangsa dan agama, dan tahap kecerdasan minda mereka.
Walau
bagaimanapun, guru-guru harus menggalakkan pembelajaran Koperatif di dalam
bilik darjah bagi tujuan meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid
memandangkan banyak manafaat yang akan diperolehi dari gabungan murid yang lemah
dan murid yang bijak. Melalui cara ini, murid-murid yang lebih bijak di dalam
pelajaran akan memberi bimbingan dan sokongan kepada murid yang lemah di dalam
kelas.
Contohnya,
guru membahagiakan murid-murid di dalam bilik darjah kepada beberapa kumpulan dan
setiap kumpulan dikehendaki membuat penyelesaian matematik dengan menggunakan
sesuatu rumus. Bagi pelajar yang bijak matematik, mungkin tidak akan menghadapi
apa-apa masalah untuk menyelesaikan rumus tersebut berbanding dengan pelajar
yang lemah, mungkin akan berasa tertekan, bosan dan seterusnya tidak mahu
melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, rakan sebaya
memainkan peranan penting untuk membimbing rakan-rakan yang lemah di dalam
kumpulan mereka. Penilaian yang dibuat oleh guru juga haruslah berdasarkan
kepada prestasi murid di dalam ZPD kerana ianya merupakan criteria asas di
dalam menilai prestasi murid.
Kesimpulannya,
dalam teori perkembangan kognitif Vygotsky banyak menekankan kaedah
pembelajaran berunsurkan ‘Scaffolding’. ‘Scaffolding’
bermaksud bimbingan yang diberikan oleh orang dewasa atau rakan sebaya yang
lebih mahir supaya kanak-kanak dapat mencapai prestasi atau potensi yang
sebenar. Maka, melalui kaedah ini, pelajar yang lebih bijak akan cuba memberi
bimbingan kepada pelajar yang mengalami masalah dalam perkembangan kognitif.
Pelajar yang mahir dalam sesuatu topik akan mengajar pelajar kiurang mahir
terhadap topik tersebut.
Pembelajaran koperatif
merupakan strategi belajar yang dijalankan dalam kelompok kecil dengan
mempunyai ahli yang memiliki tahap kemampuan yang berbeza. Pembelajaran
kerjasama sangat berkesan kepada satu-satu kumpulan atau kelompok itu untuk
menyelesaikan masalah dengan cara saling bekerjasama dan saling membantu untuk
memahami isi pelajaran. Namun begitu, sekiranya terdapat salah seorang dalam
ahli kumpulan yang belum menguasai bahan pelajaran, aktiviti pembelajaran dalam
kelompok ini boleh dikatakan belum selesai.
Terdapat
lima unsur penting di dalam pembelajaran Koperatif ini iaitu keadaan yang
melihat kepada saling kebergantungan diantara satu sama lain tetapi secara
positif, saling
berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri
sendiri, Kemahiran koloboratif perlu supaya ahli kumpulan dapat berfungsi
dengan baik (kemahiran kolaboratif dan pemprosesan kumpulan) dan Memastikan
setiap ahli kumpulan memahami proses kumpulan dan mempelajari dinamika.
Mengikut Model Stephen Covey tentang perubahan
peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak
dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap paling
kebergantungan. Saling kebergantungan akan wujud setelah pelajar menganggap
bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Walaupun seseorang berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi hanya
boleh dicapi melalui usaha, input dan sinergi orang lain.
Dengan kaedah pembelajaran koperatif ini, banyak faedah
dapat diperolehi oleh ahli kumpulan terutamanya setiap individu. Mereka akan
memahami dengan lebih jelas lagi tentang bahan pelajaran yang dibahaskan dan
dibincangkan dalam kumpulan. Mereka akan saling mewujudkan pergantungan yang
positif antara ahli kumpulan. Hal ini akan mewujudkan saling kebergantungan
yang positif dalam kumpulan. Sekiranya terdapat salah seorang daripada ahli
kumpulan membuat penjelasan mengenai masalah atau penyelesaian, sekaligus
setiap ahli dalam kumpulan akan memahami ideal serta sumbangan yang diberikan
dan diperlukan dalam topik yang dibincangkan. Dengan cara ini pelajar akan
berkongsi maklumat yang mereka ketahui bersama-sama dalam kumpulan, seterusnya
menyelesaikan semua tugasan supaya mencapai matlamat dalam mengumpul maklumat
yang diperlukan.
Walaubagaimanapun, akauntibiliti individu turut
diperlukan. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memberikan sumbangan dan ideal
dalam menyelesaikan masalah berkumpulan. Hal ini demikian kerana, pelajar
biasanya lebih suka menerima pengenalan terlebih dahulu daripada rakan mereka
untuk mereka menyumbangkan sendiri ideal mereka dalam kumpulan. Setelah usaha
bersama-sama dalam mendapatkan maklumat daripada ideal setiap ahli dalam
kumpulan, mereka akan lebih mendapat keyakinan dalam diri masing-masing untuk
meneruskan perbincangan dalam kumpulan sehingga selesai. Sekiranya setiap ahli
memberikan pendapat masing-masing mereka dapat meringankan beban malah
melancarkan lagi proses untuk menyelesaikan maklumat.
Selain itu, pembelajaran seperti ini haruslah didorong
dengan interaksi yang promotif. Apabila pelajar menyertakan diri dalam
perbincangan kumpulan, mereka lebih terdedah dengan perbincangan secara
berhadapan antara satu sama lain. Dengan cara ini, pelajar akan lebih memahami
dan mengetahui banyak maklumat. Adanya perbincangan dalam kumpulan mereka perlu
aktif dalam memberikan maklumat untuk bersama-sama menyelesaikan masalah.
Apabila berlaku komunikasi dalam kumpulan, pelajar akan faham bahawa mereka
perlu aktif dalam memupuk dan mendorong agar setiap orang ahli sama-sama
menyertakan diri dalam perbincangan. Hal ini sekaligus memberi peluang dalam
hubungan dan mendorong pelajar untuk menyelidik. Mereka perlu memberi peluang
kepada setiap ahli dalam kumpulan peluang, iaitu dengan mendengar apa yang
ingin dikatakan dalam ideal yang diberikan oleh salah seorang ahli dalam
kumpulan untuk dibincangkan. seterusnya ideal itu akan mengembangkan lagi ideal
lain dalam kumpulan. Perbincangan begini boleh mewujudkan hubungan antara
ahli,dan mereka dapat mencipta ideal bersama setelah berhubung dan komunikasi
antara satu sama lain sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan.
Di samping itu juga, interpersonal dan kemahiran
perbincangan dalam kumpulan kecil turut diperlukan. Pelajar perlu diajar cara
bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain. Dengan itu, mereka akan tahu
bagaimana untuk mengekspresikan ideal mereka, mengambil giliran apabila
perbincangan bermula dan menyertai dalam proses untuk membuat keputusan
daripada tugasan yang mereka perlu selesaikan. Namun begitu, kemahiran ini
tidak mudah untuk dikuasai khususnya apabila pelajar masih selesa dan mahu
berbincang dalam suasana kelas. Pembelajaran sebegini akan menyebabkan pelajar
jarang mendapat peluang untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan.
Mereka hanya mahu menjadi penerima maklumat yang pasif tanpa komunikasi dua
hala. Walaupun begitu, pembelajaran secara berkumpulan dalam kelas digalakkan
agar pelajar memahami apa yang mereka pelajari. Ini kerana pelajar lebih gemar
berkomunikasi dengan rakan berbanding guru mereka. Mereka lebih selesa
berbincang bersama dalam kalangan mereka, dan apabila masalah tidak dapat
diselesaikan barulah mereka menjadikan guru mereka sebagai tempat rujukan yang
kedua.
Oleh itu tugasan dalam kumpulan sangat penting untuk
menentukan bagaimana ahli dalam kumpulan bergaul dan bekerjasama. Sebagai
contoh Lohan (1994) yang berpendapat bahawa, apabila prosuder untuk
menyelesaikan tugas sangat jelas jadi pelajar hanya perlu berkongsi maklumat
dan bantuan sahaja. Tetapi tidak dinafikan ada segelintir mereka
yang lebih gemar membuat tugasan secara individu dengan alasan tidak mahu
membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah atau tidak mahu berkongsi
maklumat dengan menganggap ideal mereka nanti akan digunakan oleh orang
lain.
Apa yang dilihat daripada teori konstruktivisme dengan
pembelajaran kooperatif sebenarnya mempunyai kaitan rapat. Dalam teori
konstruktivisme ia lebih menekankan kepada cara pembelajaran daripada
pengalaman atau pengetahuan. Manakala dalam pembelajaran kooperatif ia lebih
menekankan kepada perbincangan daripada ahli dalam mengeluarkan ideal oleh
setiap individu dalam kumpulan serta sejauh mana kefahaman dan maklumat yang
mereka faham dan perolehi.
6.3. Kaedah Pembelajaran Komuniti
Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus
Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu
tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya.
Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat,
kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling
bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara rumusannya,
komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal disesuatu tempat dan
saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan
hidup yang lain.
Biasanya pembelajaran didefinisikan sebagai
perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990;
Rocklin, 1987). Pembelajaran tidak merujuk kepada perubahan akibat perkembangan
seperti mengalami pertambahan ketinggian. Dalam mendefinisikan pembelajaran,
Stalling (1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu :
1)
Pembelajaran harus menampakkan perubahan
dalam tingkah laku.
2) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran.
3) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau
latihan.
Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling
ini, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya tingkahlaku seseorang individu
itu berubah, melibatkan sesuatu pemikiran dan mengalami perubahan melalui
pengalaman atau latihan.Pendapat yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan
lagi dengan pendapat Woofolk (1998) yang mengatakan, ‘….. learning occurs when
experience causes a relatively permanent change in an individual’s knowledge or
behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for
worse’.
Crow dan Crow (1983) pula menyifatkan
pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta
melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan
individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Manakala
menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku
yang melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu dan penguasaan
intelek.
Sebagai rumusannya, pembelajaran berlaku
apabila adanya perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam proses pembelajaran,
perubahan tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru,
latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara
disedari atau tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku
sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment